Rabu, Februari 01, 2012

::Hari Itu-Part 4::

Setelah lama penantianku, dengan keadaan tubuh yang kadangkala suhu naik dan turun, akhirnya aku dipanggil untuk melakukan operation. Tanggal 4 Jan, jam 8 pagi itulah detik-detik yang belum pernah aku lalui sebelum ini. Perjalanan dari wad ke bilik pembedahan. Aku disorong di atas katil, turut ditemani nurse dan 2 orang sahabatku.

Sepanjang perjalanan, fikiranku kosong! Terawang-awangan. Tak tahulah fikir apa. Menelusuri lorong-lorong itu, pandangan aku hanya ke siling, sesekali menoleh ke kiri kanan namun tiada apa yang menarik, sesekali juga menjeling kepada mereka yang turut bersama-sama menyorong aku hinggalah tiba di kaunter sebelum dibawa masuk ke dewan bedah. Di garisan inilah pemutus hubungan antara aku dan sahabat. Aku tak tahu apa yang sahabat buat di luar sana, tapi aku didalam ini keseorangan. Ya! Tapi ditemani doktor-doktor yang berpakaian biru dan ada juga yang berwarna kuning cair. Aku ditempatkan seketika di satu sudut menunggu.



~nervous nya~ ( =_='')


Perjalanan makin mendebarkan apabila aku disorong pula menuju ke dewan bedah…melalui beberapa partitions di dalam opis operation itu. Lampu bulat2 3 unit yang sederhana besar kini menghadapku. Owh.. inilah rupa dewan bedah. Sunyi, kosong, luas. Hanya peralatan pembedahan sahaja. Aku boleh merasakan pergerakan doktor dan pembantunya disekeliling aku, bersiap untuk dibedah selepas ini. Beberapa alat di’attach’ di tubuhku. Aku menurut sahaja dan tidak mahu fikir apa-apa pun sekarang. time inilah berserah..

Ini hanyalah minor operation….

Sungguhpun begitu, aku tidak terlepas daripada dibius… how?

Sakit?

Mestilah tak, sebab aku dibius bukan melalui suntikan. Aku kira, aku dibius seluruh badan dengan ubat yang dimasukkan melalui pernafasan. Mulanya, doktor memberikan oksigen yang ditekapkan di seluruh mulut dan hidung untuk seberapa ketika… setelah beberapa pernafasan, tanpa sedar, melalui bekalan oksigen itu, aku dapat merasakan udara yang lain. Tarik nafas sekali ok lagi. Kali kedua, kepala terasa ringan sedikit, ketiga, aku dapat rasakan badanku kebas lalu aku spontan menggerakkan jari jemariku kaki dan tangan atas tindak balas terhadap bius yang dimasukkan. Mataku yang memandang doktor yang berada dibelakang kepalaku kini perlahan-lahan tertutup.. kelamlah duniaku tanpa aku sedar apa yang akan dan telah berlaku…

Aku tak tahu sudah berapa lama aku disitu. Apabila sedar, aku telah berada di satu sudut seperti awal tadi. Doktor meminta respons dariku namun aku tidak mampu mengeluarkan suara. Terasa perit tekakku untuk memecahkan peti suara ini. Aku cuba sekali lagi, dan hanya mampu berkata “tak larat” dengan nada yang amat lemah. That’s all. Beberapa minit kemudian, aku dikeluarkan dari kawasan tersebut dan dibawa ke katilku. Aku dapat lihat sahabatku masih lagi menunggu diluar rupanya. Ya Allah, setianya mereka. Aku harap Allah membalas jasa mereka ini. Kami sama-sama menuju ke wad aku. Aku terlalu lemah, tak mampu bergerak. Sesekali mengerutkan wajah apabila terasa gegaran mengenai perutku. Menahan kesakitan yang amat.

Hari itu, aku banyak berehat. Ramai sahabat-sahabat yang datang menziarahiku sejak dimasukkan ke hospital. Hanya senyuman yang mampu kuukir setiap kali pertemuan. Terima kasih kerana sudi menziarahiku, semoga Allah mengurniakan ibrah dan rahmat pada kalian.

Dipendekkan cerita, sejak pembedahan, aku kurang makan, terlebih tidur, akibatnya tak dapat tidur malam ^_^

Dan…

Kena pantang? Tak perlu sebenarnya menurut kata doktor.. tibai je apa-apa cuma untuk awalan ini, makanan pedas dan masam tidak digalakkan. Di hospital, sukar untuk menjamah makanan. Aku tetap lapar tetapi perutku masih menolak makanan yang diterima, akibatnya muntahlah apa yang pernah disua.

Perjuangan masih belum selesai.. meskipun aku terlepas satu subjek untuk final exam, namun aku masih berbaki 2 paper lagi. Apatah lagi subjek falak favourite aku isnin akan datang.

Ok.. nak share tips untuk pantang.

Anggaplah kamu kena pantang macam mak-mak kamu pantang.. that’s all… ^_^ seriuslah! Tak tipu. Dari segi makan, pergerakan dan lain-lain.. tapi berurut tidaklah… bila operation tu, sah-sah kena jaga luka apatah lagi yang dibahagian dalam. Eloklah makan ikan haruan untuk mengelokkan luka tu. Option lain, minum jus gamat dan di luaran (luka luar-tempat berjahit) disapu gel gamat disekeliling kawasan tapi bukan di atas tempat luka. Jangan makan makanan bergoreng, jangan makan makanan sejuk, aiskrim dan bla..bla..bla.. Inilah nasihat orang sekeliling aku. Walaupun aku tak berapa amalkan (awal2 lg dah tibai aiskrim & makanan kafe yang tiada option langsung bagi pesakit macam aku ni) apa yang mereka bagi, tapi at least aku share pada semua. Mana la tau, akan datang rezeki kamu semua pula kan… lagi2 perempuan, time bersalin macam ni la kot. Then, janganlah bergerak ganas2 sangat apatah lagi kalau masih di awal2 tu. Gerak slow-slow… kalahkan kura-kura gitu.. (n_n) toksahlah tiba-tiba nak rajin melompat sini sana. Naya la nanti… terbukak luka tu, alamatnya kena pergi jahit semula, mase tu tiada dah bius ni.. jahit semasa sedar!

******

Tips lagi….

Tak tahu berapa ramai yang ambil berat tentang perkara ini. Tapi bagiku amat penting… dan kukira, tidak ramai yang melaksanakan apabila dikurniakan nikmat kesakitan.

SOLAT!!

Solatlah walaupun dalam keadaan sakit melainkan sakit yang melibatkan kewarasan otak seperti koma, separa sedar. Seperti juga orang yang gila, mereka tidak diwajibkan untuk melaksanakan tuntutan solat. Pada keadaan ini, mereka tidak mampu menghadirkan kewarasan dalam setiap tindakan dan perbuatan mereka, maka tidaklah wajib keatas mereka. Bersolatlah mengikut kemampuan kamu pada ketika itu. Dulu, semasa di dalam wad, saya hanya mampu solat secara duduk di atas katil sambil menghadap kiblat. Itu sebelum pembedahan. Selepas pembedahan, aku hanya mampu bersolat berbaring dan melalui pergerakan mata sahaja sambil menghadirkan hati. Islam itu agama yang indah, mengajar penganutnya untuk sentiasa mengingati Allah siang dan malam, dalam setiap keadaan. Kerana Dialah yang menciptakan semua ini.

Solatlah atas kemampuan anda! Banyak kitab-kitab fiqh dan buku panduan yang mengajar kita beberapa keadaan/rukhsah semasa solat terutama ketika musafir dan sakit. Daripada berdiri (qiam), duduk, mengiring, berbaring hinggalah kepada isyarat gerakan mata. Indah kan Islam? Setiap anggota amat berguna kepada kita untuk menyatakan sujud kita kepada Yang Maha Pencipta.

Solatlah di awal waktu, kerana ianya memudahkan anda dan mereka yang menjaga anda.

Jangan dilupa, untuk bersuci yakni berwudhuk. Wudhuklah pada keadaan yang semampu kamu pada ketika itu. Namun begitu, sekiranya anggota kita bersambung dengan najis seperti kantung najis, dimasukkan air dan kesan tompokan darah dan sebagainya, ia belum dikira masih belum suci. Ya, kerana semua ini bersambung dengan najis dan di dalam solat kita akan menampung najis tersebut. Bukankah solat itu perlu bebas (suci) daripada sebarang najis? Maka, apa yang mampu kita lakukan? Kita boleh bertayamum pada kedaan tertentu (rujuk kepada yang alim), sucikan najis dahulu (sekiranya dibenarkan untuk menanggalkan sambungan tersebut dan membersihkan lubang cucukan/suntikan dari najis seperti darah) atau tetap dengan wuduk seperti biasa tetapi dengan niat utk melaksanakan solat pada waktunya, yakni menghormati waktu solat ketika itu. Kemudian, selepas sihat akan diqadha’kan semula solat-solat yang dilakukan semasa tidak sempurna syaratnya itu… mudahkan?

Bagiku, amat penting untuk setiap staff, nurse dan doktor turut mengajar dan mengingatkan setiap pesakit. Itulah yang diperlukan, doktor muslim, yang alim, bukan semata-mata doktor atas kepakaran sahaja malah turut membantu rohaniah ummat manusia.

Untuk yang bertitle muslimah (wanita muslim kesemuanya, bukan yang bertudung sahaja, tetapi semua)…

Seperti sebelum ini, berusahalah untuk memelihara auratmu dimana jua kamu berada. Hatta ketika sakit, terlantar, masih tetap mampu menjaga kehormatanmu itu. Ketika di hospital, aku turut terfikir, bagaimana mahu menjaga auratku ini. Aku tahu, kebanyakan atau mungkin semua hospital tidak menyediakan jilbab/kerudung/tudung. Walhal dengan berpakaian pesakit itu, bagaimana mahu menutup aurat? Alhamdulillah, semasa di hospital, masih ada yang melekapkan tudungnya. Ada juga yang hanya melekapkan serkup sahaja. Tapi tidak akan lari daripada yang tidak mengenakan apa-apa penutup pun. Aku tidak hairan kerana bagiku, inilah penyakit masyarakat sekarang. Soal pengamalan Islam secara syumul tidak diteguhkan dalam masyarakat malah membawa unsur-unsur penyakit masyarakat pula. Akibatnya, lihatlah disekeliling kita… Alhamdulillah, kalau bukan aku yang mengingatkan, aku masih sempat berpesan pada sahabat untuk menjaga auratku jua… terima kasih…

Maka… disini sahajalah cerita aku pada Hari Itu… terima kasih kepada setiap yang terlibat jua yang mendoakan… kini, saya beransur sihat dan mampu kembali normal seperti biasa atas rahmat Allah jua.

***segala perkongsian/tips terutama yang melibatkan kaifiat ibadah, sila rujuk kepada yang lebih alim kerana disini hanya menyatakan mengikut kedaan diri sendiri dan dinyatakan secara ringkas sahaja.









Sabtu, Januari 28, 2012

::Hari Itu-Part 3::


Tingkat 2, Wad pembedahan, HSA

Disinilah tempat tinggal sementaraku untuk tempoh yang belum menentu. Bergantung kepada kondisi semasa. Kini, aku terlantar di satu-satunya katil yang baru dikosongkan. 33, menjadi destinasi. Kiri dan kananku berpenghuni.. ramai jiran-jiranku disini, kesemuanya dengan nikmat kesakitan masing-masing. Disinilah bermulanya pengalaman yang ‘pertama kali’ bagiku dalam kamus hidup. Boleh dikatakan semuanya, seolah-olah inilah ‘rumah baruku’. Ya! Oh tidak! Hakikatnya, aku sudah disini. Pertama kali, di katil, almari meja kecil, jiran-jiran, makan, minum, tidur, washroom.

Benarlah kata-kata sahabatku, duduk di hospital bosan. Betul! Tiada apa yang boleh dilakukan. Apa boleh buat, kerjaku seharian, setiap hari memerhati gelagat manusia di hospital ini… hmm… best sebenarnya. Macam-macam ragam manusia. Bukankah penciptaan Allah itu Maha Agung. Dengan memerhati sahaja, banyak yang kita mampu pelajari.

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maga teliti.” [al-Hujurat, 13]

“Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.” [as-Syua’raa, 103]

Rutin aku di hospital ni hanyalah duduk, baring atas katil sahaja. Tiada arah tuju nak pergi jalan-jalan. Maklumlah, setiap ada masa terluang, time tu pulak doktor dan nurse buat check. Kalau di HSA ni, jadual nya lebih kurang beginilah.

8-10 pg/3-4.30ptg: masa bersama doktor. Haa… time ni berlambak doktor buat visits dari katil ke katil. Time ni jugaklah doktor-doktor ramai. Biasanya mereka ni datang dalam group masing-masing. Satu group akan ada seorang MO (yg mmg betul-betul doktor a.k.a doktor senior) dan beberapa doktor HO (doktor yg baru menghabiskan pengajian, a.k.a doktor junior). Mereka akan bertanya keadaan patient masing-masing dan membuat laporan dan berbincang tentang tindakan susulan yang akan diambil. Time ni lah aku paling kurang gemar. Sebab apa? Sebab sakit! Asal je doktor datang time turn aku, tanya2 soalan yang sama, time tu la selalu kne check. Ditekan tempat sakit tu.. adui.. mmg la sakit doc. (!_!). sekurang-kurangnya 2 kali sehari kene macam ni. (~_~) isk3… baiklah, saya redha. Untuk sama-sama membantu kan.. perlu beri kerjasama.

9-11 pagi/12-2ptg/4-6ptg/9-11mlm: dalam range masa ini, nurse akan datang katil ke katil untuk ambil rekod blood pressure dan lain-lain. Temperature pun diambil sebab sejak berada di hospital tu, aku demam. Pecah record, temperature plg tggi pada ketika itu, 38.4 deg. Cel. (seingat saya)

12.30t/hr-2.30ptg & 4.30-7mlm: waktu melawat

Selebihnya, tidur…. Zzzz…~~

Apa yang peritnya duduk hospital ni bagi ku, sebab lapar.. yup, saya LAPAR.. sejurus masuk hospital, tak menjamah makanan pun. Mungkin sedikit sahaja sejak semalam (hari yang sakit perut berpanjangan tu…). Sekadar menjamah beberapa teguk air dan roti sikit. Di hospital ni pun kurang makan. Hari pertama di hospital tu, dapat makan semasa minum petang sahaja. Hanya berbekalkan roti dicalit kaya beserta air koko, yang disediakan pihak hospital. Selepas doktor buat visits, kena marah. Pulak dah… isk3.. sedih. Doktor suruh puasa untuk operation nanti.

Bermulalah ragam aku sejak duduk di hospital tu. Mengidam macam-macam. Amboi! (n_n)” Nampak jiran sebelah makan.. “sedapnya…”, kawan-kawan & sahabat datang bawak buah tangan.. “bestnya, terima kasih.. wah! Sedaplah.. alamak.. ” hehe.. jenuh sahabat yang menjagaku. Isyh! Jangan tengok!. Teringat ad satu ketika, aku ternampak seorang nurse membawa sebuah kotak putih. Spontannya aku terkeluar kata-kata berikut“kek la. Macam kek”. Walhal kotak sahaja. Size kotak tersebut seperti kotak kek size besar! Warna putih. Haha.. sahabatku mampu menggeleng je melayan kerenah aku.=) adui.. wajarlah bagiku sebab x dapat makan 2 hari kot. Lapar bukan kepalang! Setitis air pun x dapat sentuh.. lapar+dahaga. Allah sahaja yang tahu..

3 Jan 2012, awal tahun. Tarikh keramat aku. Dimasukkan ke hospital. Sejak berpuasa ni, aku menunggu detik-detik untuk menjalani operation. Bila-bila masa sahaja akan dipanggil. Nurse yang bertugas ada membuat request kepada pihak wad Operation supaya aku di queue/diawalkan kerana exam seterusnya 3 hari kemudian. Supaya aku dapat menduduki exam tersebut. Terima kasih nurse!

Penantian itu satu penyiksaan…

Sejak maghrib, suhu badan semakin tinggi. Nurse minta sahabatku untuk menuam badanku. Ya, kesian mereka. Dah la ada exam jugak, aku pula menyusahkan mereka. Menjaga & menemani sepanjang masa di katil. Panas & sakit perut tak tertahan lagi.. terkulai aku di pembaringan…

dapat gelang.. (^_^)

sakit ada ubatnya kecuali sakit mati...

“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kerumitan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

******

- kisah gelang: amboi sahabat2ku.. best ye mengata saya. tahula gelang tu mcm baby punye... ada pulak yang mengusik gelang ibu ye... sy ni belum lagi ye. bukan kat wad bersalin pun... sabar jew.. (=_=!)



Sabtu, Januari 21, 2012

::Hari Itu-Part 2::

Apa Nak Jadi, Jadila...


Susah.. mencabar jugak soalan GPS ni. Macam mana lah resultnya nanti ya.. hmm…

Usai peperiksaan, terus keluar dewan. Sri dan beberapa sahabat seperjuangan lain sudah mendahului. Sri menantiku di luar dewan. Seperti yang dijanjikan awal pagi, ingin menumpang Sri ke klinik kerana aku tidak mampu lagi berjalan jauh. Ati dan sahabat lain mempelawa lunch seperti biasa, terpaksa aku menolak dengan muka mencuka dek menahan sakit.

Aku dan Sri beiringan menuruni bangunan menuju ke kotak parkir. (sri, pertama kali dapat surat “cinta”. Hehe.. ). Kereta dipandu Sri tanpa segan silu membelah jalan utama UTM, bertembung dengan sahabat-sahabat tadi di seberang jalan, yang menuju ke arked meranti.

***

Di kaunter…

“ye dik, sakit apa?”

“sakit perut”, sambil menghulurkan kad matrik pelajar kepada nurse di kaunter.

“ermm.. kak, boleh tak saya nak jumpa dengan doktor perempuan?”

“boleh..” lembut tutur katanya sambil beliau mengimbas kad tadi dan mendaftarkan nama dalam sistem. Sekeping nombor giliran dihulurkan selesai pendaftaran.

Lega, dapat luahkan permintaan untuk diperiksa oleh doktor perempuan. Ya, saat inilah aku perlu memenuhi tuntutan aku. Sebolehnya, aurat ini perlu dipelihara selagi tiada darurat.

Berdebar menunggu giliran untuk masuk ke ruangan doktor. Macam-macam difikirkan.

“Dapat ke doktor perempuan?”

“Isyh, lama lagi ke?”

“Kalau betul sakit tu, lepas ni kena buat apa?”

“Macam mana dengan exam lepas ni?”

Semua bercampur baur dalam benakku. Persoalan yang menanti bakal jawapan. “Apa nak jadi, jadilah..” aku bermonolog.

Ting! Nombor giliranku terpapar, ke bilik doktor 4. Alhamdulillah, lega dapat melihat doktor perempuan di mejanya. Terus aku melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan meja, menghadap doktor.

“doktor, saya sakit perut. Seharian, semalam. Dari pagi sampai sekarang. mulanya sakit seperti gastrik, sakit di bahagian tengah kemudian baru malam semalam, rasa sakit tu beralih ke sebelah kanan, bahagian bawah. Seperti bertumpu pada satu tempat”

“hmm.. ok, awak baring, saya check kejap”

“ok, sekarang ni saya suspect appendic. Selepas ini, awak ke bilik no. 1 untuk buat ujian darah dan urin kemudian boleh baring di katil belakang (dalam wad). ”

“owh.. ok”

***

Terus ke bilik no. 1 untuk diambil sampel darah dan urin lalu dihantar ke makmal untuk dianalisa. Sementara menunggu, Sri datang semula ke PK UTM selepas mengisi minyak kereta.

“so, how?”

“erm.. tengah tunggu result. Tadi doctor suruh buat ujian darah dan urin. Ni tengah tunggu. Doktor suspect appendic. Emm.. betullah apa yang miza rasa.”

….

Selepas beberapa ketika, staf makmal meminta scan nombor untuk berjumpa doctor kembali. Aku menurut.

Tiba giliran, doktor terus memberitahu “ok, saya hantar awak ke hospital ya”

Hah? Itu sahaja? Tiada penerangan panjang lebar. Dalam hati nak tanya banyak tapi entah tak terluah. Mulut terkunci. Doktor terus menyiapkan surat-surat yang berkaitan untuk dihantar ke hospital. Salah satunya yang dapat di agak adalah GL (gerenti letter- entah nak eja macam mana). Terus aku dibawa ke belakang, di katil. Mulanya tidak tahu untuk apa, aku terkapai keseorangan di wad PK. Salah seorang nurse kembali ke katil sambil membawa beberapa peralatan.

Isk! Sakit! Belakang tapak tangan kanan dicucuk jarum. Percubaan pertama tidak menjadi, kemudian beralih ke urat lain. Sambil aku menghantar pesanan ringkas kepada Sri menyatakan kedudukan ku sekarang dan sebentar nanti akan dibawa ke hospital. Aku pinta Sri ke katilku.

Ouch! Sekali lagi dicucuk. Jarum yang ditusuk ke tangan tadi digerakkan ke hadapan dan ke belakang. Sakit jugak. Orang yang melakukannya seperti tiada perasaan. Dua anak kecil lelaki yang berlegar di wad tadi leka melihat keadaan aku dan duduk di sebelah aku. Dalam hati berkata, sabarlah je lah dik.. cubaan kedua jua gagal. Kemudian jarum berpindah tangan, tangan kiri pula ditusuk. Kali ini menjadi. Cukuplah tu… siksa dik.. dari kejauhan, Sri hanya mampu memerhati, lagaknya seperti tidak mahu mengganggu keadaan tersebut.

Kemudian, aku dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) menaiki ambulans, tidak keseorangan kali ini. Sri sudi menemani. Aku banyak mendiamkan diri, mengelak dari berbual panjang dengan Sri. Kerana dari sorot matanya, aku lihat kesayuan dalam anak matanya. Hatiku juga sayu. Ehm.. tak boleh. Aku kena tabah. Jangan tumpah dihadapannya.

“tak pe miza, miza kuat. Sebab tu Allah bagi kat miza”

Ya Allah, Tuhan. Akukah itu? Aku tau saat itu Sri juga kasihankan aku. Tipulah kalau diri ini tidak sedih dan lemah. Ingin menitiskan air mata tapi demi Allah, aku berjanji untuk tidak berserah pada keadaan. Kalau aku menangis, Sri akan turut sama. Tak ape, sabar ya hati, kuat sikit!

Di kaunter kecemasan HSA, proses mendaftar seperti biasa. Surat daripada PKUTM bertukar tangan ke pihak HSA. Tiba-tiba, perutku terasa perit sekali! Aku tertunduk menahan sakit. Tekakku tersangat loya, ingin muntah hingga aku terbatuk-batuk. Kemudian pandanganku kelam. Dupp! Pitam! Aku diusung dengan kerusi roda (wheelchair) ke wad kecemasan (mungkin..). pucat lesi mukaku. Beberapa orang doktor dan nurse berulang alik ke katil memeriksa aku hinggalah aku disahkan appendic selepas di buat ujian sekali lagi di situ.



Tips kalau dah sakit tu.... :

- dapatkan pengesahan dan rawatan dengan segera. ketepikan rasa takut yang menghantui minda anda. tidak rugi untuk mendapatkan kepastian, kesihatan juga satu kepentingan dan nikmat. dan ramai yg alpa bahawa kesihatan juga adalah satu AMANAH.

- bagi student, seperti aku, eloklah ke klinik/pusat kesihatan di pusat pengajian masing-masing. tak kesah lah anda nak merungut, mendengar rungutan orang lain atau apa2. sebab apa ye? free? maybe. ^_^

- bagi seorang perempuan/wanita/muslimah, seupaya nya buatlah permintaan untuk diperiksa oleh doktor perempuan. bukan tak boleh doktor lelaki. selagi mana anda mahu mempertahankan aurat anda, selagi itulah anda perlu nyatakan usaha anda! ramai yang kata untuk perubatan tak mengapa...darurat.. silap tu... kita sering tadah ilmu atas 'sentence' semata-mata. maka, carilah ilmu tersebut sebelum anda cedok bulat-bulat ya.. tak mengapa, ilmu boleh dicari, jangan anda pula membatu diri.

bila perlu dirujuk/dihantar ke hospital?

- anda minta surat akuan daripada doktor yang memeriksa anda untuk disampaikan kepada pihak hospital

- sebagai student, elok benarlah untuk minta pihak pusat kesihatan/klinik universiti untuk sediakan surat GL. apa fungsinya surat GL ni? GL ni adalah surat untuk menampung kos perubatan/rawatan sepanjang kita berada di hospital berkenaan. perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak pusat kesihatan berkenaan. (betulkan kalau silap...)

bila dirujuk ke hospital?

- anda akan perlu menjalani pemeriksaan semula. berilah surat yang dibekalkan oleh doktor yang telah memeriksa anda sebelum ini kepadanya. untuk kes-kes tertentu seperti appendicitis yang memerlukan saringan ujian, akan dibuat semula di hospital meskipun sebelum ini anda pernah membuatnya. ini kerana mungkin atas sebab untuk reconfirm penyakit yang anda sedang alami dan sebagai langkah prosedur di hospital berkenaan.



Pssstt…

Kisah lucu: semasa kelam kabut di wad kecemasan, perkara ni lah yang menggelikan hatiku… time ni, 4 orang doktor yang memeriksa aku dalam masa kurang sejam. (fuh.. asyik soal & jawab benda sama sahaja…) . time ni jugak la nurse yang aku rasa macam praktikal. Maybe la.. sebab lagaknya seperti student. Gaya sempoi, tengok hasil kerja pun boleh tau mana yang lebih berpengalaman dan yang baru berjinak-jinak. ^_^. Time ni jugaklah sahabat-sahabatku call, nak dapatkan kepastian berita kes aku ni yang tiba-tiba cepat tersebar.. wah!!! Ayah pun ada call, sebab masa on the way dibawa ke hospital, aku dah maklumkan kepada kedua ibu bapaku. Tup..tup.. ada seorang doktor yang datang ke katil sambil membelek fail rekod aku, bertanya “Suami puan datang sekali ke?”. Berderau darah aku.. bukan marah, tapi tersentap! “Saya student lagi” pantas jawabku untuk membetulkan statement doktor itu tadi. Disebabkan ayat doktor tu, aku ter’off’ panggilan dengan ayahku. Huhu.. kesian ayahku.. tp entah kenapa.. tiba-tiba malu dengan diri sendiri.. hee.. geli hatiku mendengar ayat doktor. ‘tua sangat ke aku ni???’… (n_n) macam-macam..






::Hari Itu-Part 1::

Bismillahirrahmanirrahim…

Dimulai dengan Asma’ Mu yang agung, syukur Alhamdulillah atas Rahman dan Rahim Mu sekalian umat manusia masih bertebaran di muka Bumi ini, dengan hajat yang pelbagai. Ya Allah, sedarkan aku dari lenaku terhadap dunia fana ini, sedarkan aku untukku selalu mendekatiMu, sedarkan aku terhadap ubudiyyah aku padaMu. Sungguh, aku hanya insan lemah, hanya dengan izinMu aku pinjam kekuatan dan kudratku untuk berusaha mensolehkan diri. “Ya Allah, kasihanilah kami yang selalu menzalimi diri sendiri, titipkanlah kepada kami kekuatan untuk kami dekat padaMu…”

**********

Petang itu, mesej baru mengejutkan aku dari lena.

“gastrik tu, dah makan ke belum? Sapu ubat di perut dan betis

“tak boleh nak makan. Perut dan tekak rasa tak boleh nak telan, asyik rasa nak muntah. Tak makan lagi”

Begitulah seterusnya, adegan pesanan ringkas antara aku dan ibu. Terpaksa aku adu kesakitanku ini. Kesakitan yang hampir serupa suatu ketika dahulu. Sejak pagi lagi ia kekal berlanjutan. Kerana kerisauanku, terpaksa aku kongsikan kepada ibu di kejauhan. Esok, paper 1st untuk final exam. Sedangkan aku masih belum habis mentelaah semua bab. Risau dan risau bukan kepalang. Bila sakit menyerang, solusinya aku sapu ubat dan tidur dengan harapan bangun nanti kuranglah ragamnya. Namun sangkaanku meleset. Acapkali bangun sakitnya sama sahaja dan begitulah seterusnya aku ulangi antara study dan tidur.


Malamnya…

“sakit lagi ke perut tu?”

“hmm.. sakit lagi.. sikit-sikit kot”

“dah pergi klinik?”

“tak mahu”

“boleh ke tu. Klinik utm bukak tak?”

“ok kot. Klinik dah tutup, office hour. Lagipun hari ni cuti umum”

“pergilah klinik luar, duit ada tak?”

“tak ape kot, duit ad sikit lagi”

“dah tu, sakit ke tak ni? Kalau sakit, pergilah klinik, check ambil ubat. Duit tu nanti tak ape, kejap lagi nak masukkan”

“tak ape lah… ok kot. Sapu minyak angin ni nanti ok la tu sikit. Lagi pun esok exam. Banyak lagi tak baca”

“sebab exam lah nak suruh pergi ni!” (dengan nada tegas)

“tak mahu! Tak ape. Esok nanti lepas exam, akan pergi klinik utm”

Maaf, bukan niatku untuk tidak menurut kata ayah tetapi tahap kerisauan yang melampau untuk subjek esok, terpaksa aku menolak mentah-mentah saranan ayah. Terpaksa mendegilkan diri dengan pendirianku. Tambahan, tidak mahu mengganggu sahabat-sahabat yang kebanyakkannya sedang study pada waktu ini apatah lagi yang ada exam esok hari.

**********

Malam itu, sakit menemani study ku. Kadangkala fokus terganggu. Bangun dari tidur tadi aku sedar sakitku ada kelainan. Aku syak sesuatu tapi perlu diingat, syak tanpa berasas tu nothing. Akalku panjang, terus menghantar pesanan ringkas kepada sahabat lama, bertanyakan symptom satu penyakit. Mujur ada sahabat lama, seorang jururawat.

“yang ini, Ana bagitau apa yang Ana tahu je, kalau boleh rujuk kepada yang lebih arif. Biasanya sakitnya di bahagian kanan, bawah. Bila ditekan, tak rasa sakit tu tetapi bila dilepaskan, rasa sakit. Itu namanya rebound sickness. Lagi, biasanya akan demam, sakit belakang, muntah dan tak lalu makan. Kalau pecah, ia lebih teruk”

Seusai sesi soal jawab tersebut, aku semakin yakin mungkin itulah yang sedang kutanggung. Simptomnya serupa, suhu badanku juga kian meninggi malam ini. Naluri aku begitu kuat mengatakannya meskipun hanya sedikit ruang dihati ini menafikan, cukup sekadar untuk melegakan hati kononnya. Aku tekad tidak mahu ke klinik malam itu, biarlah esok penentunya… apa nak jadi pun, jadilah. Asalkan paper esok aku ambil dahulu… menanti esok untuk keputusannya…




amin...


*****


Info:

Simptom appendicitis:
- rasa sakit pada bahagian tengah perut dan kemudian beransur/beralih ke bahagian kanan (bawah)
- rasa sakit seperti ditusuk/tajam
- loya atau muntah-muntah
- hilang selera makan
- demam
- sembelit
- sukar membuang angin
- cirit-birit
- bengkak di bahagian perut

*****
- segala dialog yang tentera telah di edit. tak mampu nak ingat satu persatu perkataan., hanya point tertentu yang masih diingati.







::Terima Kasih!::


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana umurku masih dipanjangkan hingga saat ini. Tidak pernah ku lupa akan iman islam yang ku harapkan saban waktu, agar dikurniakan iman yang butuh untukku melalui hari-hariku serta nikmat Islam yang indah hingga hari kematianku. Alhamdulillah, syukur ku padaMu Ya Allah Robbul Jalil…


Tak ku sangka, hari-hari berlalu terkandung banyak hikmah yang masih belum aku temui. Kerana keterbatasan beberapa perkara, aku tegar mendiamkan diri di laman ini. Kini, ku bersedia berkongsi kembali kisah yang ku harapkan menjadi iktibar buatku jua sekaliannya..

Sebagai pendahuluan, ucapan keramat ingin ku hulurkan buat mereka semua ini..


Inginku coretkan kalamku

Namun jemariku kaku saat mengenang kembali

Kisah yang masih segar di ingatan

Entah kian berapa kali ia mengulang

Kerana bagiku, ia terlalu bermakna


Terima kasih

Buat sri

Sudi menumpang dan menemaniku

Saatku getir menghadapi ujian keseorangan

Engkaulah sanggup mendampingi

Hingga aku selamat tiba

Ya, waktu itu aku sangat butuhkan kamu

Walau tidak ku ucapkan

Namun itu yangku harapkan

Terima kasih sahabatku, sri


Terima kasih

Buat sri dwi

Setia pada jagamu

Mengorban masa dan keringat

Melayan kerenah

Menemani setia di sisi

Saban hari dan waktu

Terima kasih sahabatku, sri dwi


Terima kasih

Buat yang ku sayangi dalam hidupku

Bonda & Ayahanda, keluarga tercinta

Sahabat seikatan

Sahabat seperjuangan

dan

Mukminin mukminat

Atas doa kalian yang dipanjatkan

Atas ziarah kalian

Atas semangat kalian

Maaf ku pada kalian

Atas segala kekurangan & kelemahan diri

Sangat beruntung aku dikelilingi oleh kalian

Terima kasih, kalian semua…


Terima kasih

Atas dampingmu

Atas jagamu

Atas doamu dari kejauhan

Atas ziarahmu

Atas semangatmu yang tidak putus

Terima kasih semua


Mereka ini

Yang ku pasti dalam doaku

Akan aku cuba ingati saat-saat itu

Hingga tiba waktu

Dengan izinMu aku tiada disini

Aku harapkan mereka ini

Hidup subur dengan rahmatMu

Seperti aku

dan seterusnya…


~terima kasih~








Selasa, November 29, 2011

::BiLa DiRiSiK::

Bila disapa soal risik, malu pula rasanya. Langkah awal untuk memikirkan persoalan hidup dan mati, ajal maut, jodoh di tangan Tuhan. Siaplah kita untuk jadi pelengkap kepada si dia. Sungguh, bagai langit dan bumi, bila ditemu manakah titik pertemuannya? Terasa hidup ini masih bersisa, banyak perkara yang mahu dilunaskan sebelum tiba masanya. Aih, kerdil nya aku! Ditembak pelbagai soalan-soalan, mamakukan diri di sudut itu. Berasak-asak persoalan & perasaan memenuhi segenap ruang. Jawapan diharapkan, Ya aku harus menghadapinya kerana jika bukan sekarang entah bila lagi akan berada di sini. Apa yang ku harapkan kini adalah Petunjuk dari Ilahi, moga terarah setiap awalan langkahku hingga ke hujung nyawa nanti...

Ya Allah,

malunya denganMU..

dangkalnya ilmu..

ceteknya iman..

sikitnya amal..

di usia muda..

menerima risikan..

tak menyangka sama sekali..

usaha mensolehahkan diri..

mendapat perhatian sebegitu rupa..

jawapan apa harus diberikan..

andai yang datang adalah yang terbaik dariMU..


agar bijak menimbang..mohon sahabat2 doakan..

lamaran emas sekali cuma..
walau berat mulut ingin mengatakan “ya” aku terima risikannya.”..

tapi hati mendesak..
insya Allah, selepas istikharah..

temui jua jawapannya..

moga2 berkah mendahului..
dalam malu.. hati berkata..

“ya, ana terima RISIKAN PERJUANGAN ini..”



ya, lamaran risikan perjuangan ini harus ku genggam hingga mati. "solatku, amalku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah yang satu...."


**Bila pula anda dirisik? sampai bila lagi harus menunggu?








29 November 2011
3 Muharram 1433 H
4.55 pm

::TiaDa TaJuK::


Syukur alhamdulillah, dikembalikan semula ruh setiap siang dan malam, menghirup setiap juzuk-juzuk di ladang akhirat ini. Subhanallah, maha suci Allah atas setiap yang berada disekeliling kita, masih normal mengikut sunnatullah masing-masing meskipun gegak gempita, rona-rona akhir zaman itu menyinsing di penjuru alam. Alhamdulillah, segala Puji bagi Engkau, pemilik langit & bumi, pencipta alam buana, yang menghidupkan dan mematikan makhluknya.

Kita insan biasa, setiap detik yang dikurniakan masih lemah untuk tunaikan amanah kepadanya. Lemahnya diri kerana ujian itu bertandang dan menjenguk kita tanpa kita sedari kunjungan mereka. Sedihnya apabila ujian itu hanyalah musibah yang menimpa diri. Dangkalnya akal kerana tidak mampu mentafsir kehidupan sendiri. Ujian silih berganti, seumpama bayu menepis pipi, hadirnya lembut menampar halus tapi menimpal diri dengan segunung erti. Berat ujian bagi mereka yang merasai, ringan terasa bila semua dikembali kepada Ilahi.


Ya Allah

Janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat

sepertimana Engkau bebankan kepada orang-orang

sebelum kami.

Janganlah Engkau pikulkan kepada kami

apa yang tidak sanggup kami memikulnya.

Maafkan kami, Ampunilah kami..

-al-baqarah: 286-








29 November 2011
3 Muharram 1433 H
4.07pm

Rabu, September 07, 2011

::KISAH CINTA ORANG::


Nak kongsi cerita dari page orang lain, nak buat koleksi. Semoga pengajarannya sampai kepada kita semua...

**eh... ad org excited bace cerita ni. ooo...

Kisah cinta Aiman dan Syahirah..

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba..., si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan. Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.” Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.” Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU… Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =) Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. “Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain… Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – AimanLepas beberapa minit.Syarikat abang dah okay? – Syahirah.Doakanlah ada projek yang masuk. – AimanSolat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman. “Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. ********** Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah… Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini….. Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam..

**NICE!!